Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Sunday 15 April 2012

Prosedur Mengisi Borang Nikah Lelaki dan Perempuan

Permohonan perkhawinan pihak lelaki:

  1. Hadir kursus perkahwinan.
  2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah.
  3. Lengkapkan borabg dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)
  4. Dapatkan pengesahan daripada penolong pendaftar nikah qariah
  5. Dapatkan kebenaran perkahwinan dari pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
  6. Serahkan kebenaran pada pihak perempuan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  • SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  • SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  • SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  • KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
  • SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  • SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
  • SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  • SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  • SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  • SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.(Jika pemohon warganegara asing)
Selepas mendapat borang lengkap dari pihak lelaki, seorang perempuan itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah berdekatan.
  2. Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.( tapi berdasarkan pengalaman aku,1 bulan paling lewat)
  3. Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
  4. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan (Fotostat 2 Salinan):
  • Kad Pengenalan Diri( Lelaki, Perempuan, Wali, Dua saksi)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu)
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab)
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf)
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • Surat perakuan status Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.
  • Lain - lain dokumen :
    *4 keping gambar berukuran pasport
    *Sila pastikan nama Jurunikah
    *Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    *Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

**Semoga apa yang aku post ni sedikit sebanyak dapat membantu kerana ramai sangat kawan2 ku yang nak nikah tahun ni tanya kat aku pasal prosedur ni mcm aku kaunter pertanyaan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...