Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Monday 23 April 2012

PAS Dan Islam

Kredit to Sheng Don(owner fb)


Aku copy post beliau dari wall Ustaz Idrus. Post ini bukan tujuan untuk mempengaruhi tapi lebih kepada untuk membuat kita berfikir. Jadi selamat membaca.


Antara PAS Dan Islam, Mana Satu Pilihan Anda?

Kita seringkali dimomokkan PAS dengan perbandingan UMNO dengan Islam. PAS membayangkan bahawa memilih UMNO bererti memilih Melayu. Manakala memilih Islam pula PAS anggap sebagai memilih partinya.

Persoalannya, benarkah apa yang dimomokkan PAS itu? Atau ia tidak lebih dari kebobrokan PAS yang cuba memanipulasi aqidah umat Islam di Malaysia untuk mengundi parti mereka?

Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya dibesarkan di dalam keluarga PAS. Sekali dua pada setiap bulan, bapa saya sering membawa saya ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor, ceramah Mat Sabu dan bacaan kitab ustaz-ustaz PAS di masjid berhampiran rumah saya.

Kadangkala, saya dibawa ke muktamar PAS. Ketika itu, saya masih di sekolah menengah. Namun, setiap kali saya mengikuti aktiviti-aktiviti PAS, saya sering membandingkan PAS dengan Islam yang saya pelajari di Maahad. Malah saya sering berbincang dengan ustaz-ustaz di Maahad mengenai perbandingan PAS dan Islam.

Malangnya, boleh dikatakan setiap kali saya bandingkan PAS dengan Islam yang sebenar dan setelah dirujuk kepada ulama-ulama di Maahad dan universiti, ia memberikan kesimpulan bahawa PAS adalah PAS dan Islam adalah Islam.

Lebih mengelirukan, apa yang diamalkan PAS jelas bertentangan dengan fitrah Islam yang sebenar. Ia benar-benar mengganggu saya.

Bila dikenang mengenai Amanat Hadi yang memang popular ketika itu, saya melihat PAS begitu menyimpang jauh dari Islam. Bila didengar maki hamun para pemimpin PAS ketika berceramah, parti itu dilihat begitu jauh dari uswatul hasanah yang disunnahkan Rasulullah SAW ketika berdakwah.

Malah, jika dikaji apa yangh ditinggalkan Rasulullah SAW menerusi ajaran, muamalah, dasar, siyasah, konsep dan akhlaknya, saya lihat UMNO lebih konsisten dan seimbang dalam hal-hal yang berkaitan Islam. Hakikat yang sebenar tersebut turut dipersetujui ramai ustaz-ustaz di tempat saya menuntut.

Jangan pula tuduh ustaz-ustaz saya orang UMNO kerana mereka memang bukan warganegara Malaysia, tidak layak mengundi, neutral dan tidak berat sebelah padangannya. Perkara pertama yang dirujuk ialah Kalamullah dan kemudiannya, Hadith Rasulullah SAW.

Sumber kami selepas itu ialah ijtihad-ijtihad para sahabat, tabi’in, tabi’ittabi’in, ulama-ulama mazhab dan yang muktabar. Kemudiannya, ialah qias ulama di zaman ini seperti Al-Fadhil Ustaz Yusof Al-Qaradhawi dan sebagainya.

Kemudian, barulah datang perundangan negara, logik akal, budaya dan sebagainya. Kami cukup puas berbincang dan berdebat. Tapi, saya dan rakan-rakan yang selalunya “mewakili” PAS, akan kalah pada akhirnya. Islam sangat jauh bezanya dengan PAS…

Saya tak tahu pengalaman para pembaca yang lain, namun itulah pengalaman saya mengenai perbandingan antara PAS dan Islam. Namun, saya tak mahu dedahkan di artikel ini mengenai perbandingan itu. Saya minta para pembaca cari dan kajilah sendiri kerana ia lebih manis untuk menyedari sendiri mengenai hakikat kebenaran tersebut…

Saya bukan memilih UMNO sekadar suka-suka. Saya tahu UMNO juga ada cacat celanya. Namun pada saya cacat cela UMNO lebih mudah diubati berbanding PAS yang mempergunakan Islam demi mendapatkan kuasa.

Melalui pengalaman saya, kami paling tak suka bila PAS mempergunakan firman Allah SWT untuk “membeli kuasa”. “Wala tasytaru bi ayati thamanan qaliila, qalilan ma tasykurun”. Jangan la jual kalamullah untuk politik! Allah larang. Firman Allah tu untuk Islam dan bukan untuk raih undi…

Tapi sekarang lebih teruk lagi bila ada pulak pemimpin kafir harbi yang baca ayat Al-Quran, lintang pukang! Sudahlah tajwid entah ke mana, sebutan salah satu hal, ditepuk tangan pula puak-puak PAS beri sokongan. Tak ke pelik muamalah begitu?

Apatah lagi bila pemimpin tertinggi PAS, Al-Musyidul ‘Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menghalalkan carutan dan makian Shanon Ahmad. Katanya, “Allah pun memaki hamun Abu Lahab di dalam Al-Quran”.

Masalahnya, Shahnon Ahmah dan Nik Aziz tu Tuhan ke yang “halal” memaki hamun dan mencarut? Agak-agak la sikit. Itu pun dia diangkat jadi Mursyidul Am PAS? Nampak gayanya, ke jalan lainlah nanti di”rasyad”kan raasyid mursyidul ‘am tu nanti…

Jauh di dalam hati, saya sering berdoa dan memohon agar Allah berikan nur hidayahnya kepada saudara-saudara kita di dalam PAS. Busuk-busuk pun, mereka saudara seagama kita. Biarpun Hadi Awang tak mahu mengaku kita saudara dan tak mahu bersahabat dengan kita, kita tak boleh buang mereka begitu saja…

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara ku di dalam PAS dan tunjukkanlah kebenaran yang sebenar kepada mereka. Semoga kami umat Islam di Malaysia bersatu dan berpadu bagi menghadapi ancaman kafir harbi dan pengaruh Yahudi Zionis Israel yang semakin menebal di negara kami ini. Aminnn…
 

Jodoh

Petikan ni aku amek dar salah satu filem melayu "Syurga Cinta" n sebenar bebenarnye copy dari page mmbe aku..kihkihkih...sowieeeee


Jodoh terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, jodoh dari syaitan. Kedua, jodoh dari jin. Dan ketiga, jodoh dari Allah."

"Yang pertama, jodoh dari syaitan."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, dia suka kamu. Kamu bercinta, berpegangan, berzina, dan dia mengandung. Kamu bernikah. Itu jodoh dari syaitan."

"Yang kedua, jodoh dari jin."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, tapi dia tidak suka kamu. Kamu pergi jumpa bomoh, mintak tolong jin. Kamu pun bernikah. Itu jodoh dari jin."

"Yang ketiga, jodoh dari Allah."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka sama suka, kamu bernikah." 

I loike it so much!!!!!

My Mum Recipes - Burger Malaysia

Malas nak eleborate bebanyak, so baca je la stepnye ye:



Untuk sambal :

2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan (bakar)
10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa

1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Untuk doh:

250g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu besar margerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara2 masakan (sambal):

  1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  4. Angkat dan ketepikan.


Cara2 buat kuih:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan doh (kecuali timun). Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
  5. Belah 2 doh tadi. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.



    Ini lah hasilnye. Selamat mencuba (^_^)

My Mum Recipes - Daging Masak Kurma

Resipi ni mama ku yg bagi utk org yg pertama kali baru nk belajar masak...hahahaha...dengan ini aku pn sukacitanye nk bagi menu pada sume org (sebenarnye aku tkt lupa,jadi aku post lam blog ni...kuikuikui)

Bahan:

500g daging (potong nipis2 dan rebus daging tu dengan air sehingga empuk-aku pakai daging local so rebus   30 min pn da ok)
1 paket serbuk kurma ( aku pakai yg adabi punya-best!)
2 keping kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 bunga cengkih
1 cawan santan
1/2 cawan kecik kerisik
1 sudu asam jawa (kacau dengan air)
2 biji kentang (potong empat bahagian)
4 lada hijau besar ( potong dua bahagian bawah-klu nak pedas lagi,tambah la lagi byk2)
1 biji bawang besar (potong empat)

Bahan kisar:

8 biji bawang merah (lagi banyak lagi bagus)
3 biji bawang putih
2cm halia

Step nye adalah seperti berikut:


  1. Masukkan minyak 1 senduk ke dalam kuali (biar terlebey,jgn terkurang)
  2. Bila minyak dah panas, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih
  3. Kemudian,masukkan bahan yang dah di kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan serbuk adabi td. Seeloknye campurkan serbuk adabi tu dengan air untuk mengelakkan ia berketul ketika masak.
  5. Selepas bahan tumis itu telah pecah minyak, masukkan daging td bersama airnye. Anda akan dapati kuahnye menjadi sangat cair. Tapi takpe sbb nnt lelama masak ia akan kering.
  6. Then masukkan kerisik,asam jawa dan santan. Gaulkan sehingga sebati. Time ni da ble masuk kentang sebab kentang lambat masak. Nanti keras pulak bla mkn.
  7. Selepas itu, masukkan lada dan bawang besar yg telah di potong tu. Kalau nak banyak kuah, msk jgn la lama2 sgt tp klu nak kering, masak la lama ckt biar kering. Tapi jgn lupa kacau sbb nnt hangus plak yg bawah tu. 
  8. Last but not least, masukkan garam, ajinamoto ngan gula ikut sesedap rasa yg di mahukan. Kalau kuah tu rasa masam2 manis, maka betul la tu masakannye. klu x rasa mcm tu, adjust la gula ngan asam jawa tu. 


Macam ni lah masakan anda nanti.

Tu la dia resepi mama aku.Selamat mencuba (^_^)

Sunday 22 April 2012

Fitness Instructor at Morib

Last week aku da pegi kursus fitness instructor di Impian Morib Resort selama 3 hari 2 mlm. pengalamn yg x dpt aku lupakn. penat nk mati tp best sgt2 (^_^)




Ni view yg aku amek dr bilik aku


Tadaaaaa... ni la bilik aky. tito sesorang je wlaupn katil ada 2. huhuhu


x ku sangka dia pn dtg ke kursus ni. kunun nk seprise kn aku tp last2 aku yg seprise kn dia. ini lah dia zafirah
kuikuikui


Ni la dia Ahmad Fazarie,salah sorang mmbe 1 u dulu. mcm da reunion plak. makin chubby dia kan :p


Ni husband iera (^_^)


Lepas kelas mlm, ktorg decide utuk melepak kat luar. tu pasal kitaorg pegi ke dataran morib n posing ckt. hehehehe


BURGER KINGS!!!


Suasana di dalam kelas sebelum kami memulakan activiti Fitball


Rehat sebentar selepas aerobik


Muka aku yg kepenatan selepas 3 hari berkursus


Sebelum balik, kami lunch sm2 kt sn. tp masing2 mkn mcm nk topup blk lemak yg da hilang selama 3 hari tu. hahaha.. sgt seronon n merindui mereka2 di atas ni.. hope dpt jumpa lg


Sunday 15 April 2012

Prosedur Mengisi Borang Nikah Lelaki dan Perempuan

Permohonan perkhawinan pihak lelaki:

  1. Hadir kursus perkahwinan.
  2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah.
  3. Lengkapkan borabg dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)
  4. Dapatkan pengesahan daripada penolong pendaftar nikah qariah
  5. Dapatkan kebenaran perkahwinan dari pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
  6. Serahkan kebenaran pada pihak perempuan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
  • SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
  • SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
  • SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
  • KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
  • SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
  • SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
  • SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
  • SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
  • SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
  • SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.(Jika pemohon warganegara asing)
Selepas mendapat borang lengkap dari pihak lelaki, seorang perempuan itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :

  1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Daerah berdekatan.
  2. Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.( tapi berdasarkan pengalaman aku,1 bulan paling lewat)
  3. Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
  4. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan (Fotostat 2 Salinan):
  • Kad Pengenalan Diri( Lelaki, Perempuan, Wali, Dua saksi)
  • Surat Akuan Mati (Duda/Balu)
  • Surat Akuan Mati (Wali Akrab)
  • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf)
  • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
  • Surat perakuan status Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
  • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah
  • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.
  • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.
  • Lain - lain dokumen :
    *4 keping gambar berukuran pasport
    *Sila pastikan nama Jurunikah
    *Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    *Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

**Semoga apa yang aku post ni sedikit sebanyak dapat membantu kerana ramai sangat kawan2 ku yang nak nikah tahun ni tanya kat aku pasal prosedur ni mcm aku kaunter pertanyaan.



Tuesday 10 April 2012

My Wedding Invitation Card

Setelah sekian lama menyepi dr blog ni,akhirnye aku mendapat idea br utk terus update nye. aku terfikir utk mengupload gmbr invitation card khawen aku di terengganu n negeri sembilan (^_^)


Wedding invitation card di Terengganu


Isi kandungan


Peta lokasi rumah ku


Invitation card Negeri Sembilan



Isi kandungan kad.

Perasaan : sedikit teruja tgk kad ni sbb x sangka nama aku yg kat ctu...ngehngehngeh (x kan nk letak nm org len plak kan) Ape2 pn aku bahagia :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...