Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Friday 27 July 2012

Cara Mudah Buat Ais Cream



Bahan A


1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukatan tin yang sama)
Tepung jagung 1 sudu besar


Bahan B


Overlate 1 sudu besar
Esen vanilla 1 sudu besar
Perisa dan warna yang di sukai

Cara-cara:




Panaskan bahan A dan masak lebih kurang dalam 5 minit,then sejukkan. Bila da sejuk masukkan dalam mixer, masukkan bahan B dan mixer dengan kelajuan maximum. Kemudian, masukkan perisa dan warna yang di sukai. Last, bekukan dan siap untuk di makan. SELAMAT MENCUBA


Monday 23 July 2012

Kereta Suami Saya Hilang =(

Minggu lepas adalah hari yg membuatkan semua family aku bersedih. Dugaan tu plak datang sehari sebelum puasa. Suami aku telah kehilangan kereta ketika pergi keje. Dia parking kereta di Terminal One,Seremban. Bila balik dari keje,dia dapati kereta tu da x de. 4 kali dia cari. Jadi MINTA PERHATIAN: kereta suami saya jenis proton waja warna silver NBC 9337, spotrim imitation ssr type c warna bronze saiz 16 inci HILANG!!!! ketika pergi bekerja 20/07/2012 di antara jam 6pg-9mlm. sesiapa yg ternampak or terjumpa sila hubungi saya atau buatlah sesuatu supaya saya mendapt kembali kereta suami saya. minta sebarkan kepada kwn2, saudara, abg2 n adik2.. semoga jasa baik kalian mndapat blasan yg baik jugak..


Dari hadapan


Dari sisi

Sebenarnye aku da dapat terima kenyataan yg kereta tu sampai ctu je rezeki ngan keluarga aku. just aku amat terkilan n sedey sebab time suami aku ngah cari kereta, dia call aku berpuluh kali pkai public tp aku x angkt sbb aku kuar ngan fmily n x bawak hp. bla blk je ada byk mscall. aku kecewa ngan diri aku sbb x ada di cc dia time dia tgh ssh. smpai saat ni aku still lg sedey sbb kenangkan hal tu tp x mo tunjuk depan suami sbb x nk sshkn hati dia yg da ssh dgn kehilangan kete dia. 

Aku harap Tuhan akan tabahkan hati aku n suami. kami just berharap lepasni kehidupan kami aman n lancar. aku anggap ni dugaan pada kami yg baru 2 bulan mendirikan rumah tangga.

P/S: kepada sesapa yg curi kereta tu, aku nk ko tau aku n suami x halalkn sampai mati ape yg ko da wat. x kan cium bau syurga(klu ko islam) sbb ko da aniaya anak yatim. 


Tuesday 12 June 2012

My Precious Day Ever After

Setelah beberapa minggu tunggu,akhirnye jurukamera cum kawan kami telah mengupload sebahagian gambar wedding d Terengganu n Negeri Sembilan. Berikut adalah sebahagian gmbr ketika akad nikah di masjid, sanding di rumah perempuan dan sanding d rumah lelaki.


Pasangan pengantin selepas akad nikah. Pihak lelaki telah memberi sebentuk cincin dan seutas gelang tangan sebagai majlis pembatalan air sembahyang. Heeeee



Ni ketika sanding pada keesokan harinye. Aku sungguh terharu kerana ramai rakan2 seuniversiti dulu sanggup datang dari jauh untuk ke majlis aku. Tapi sedey ckt sbb x leh nk lepak lama ngan dorang coz time tu nk g outdoor phototshoot da.Thanks guy


Oleh kerana gmbr pelamin x nmpk sgt di setiap gmbr,so aku upload 1 gmbr pelamin je sng. Ni pelamin d rumah perempuan. aku yg pilih sendiri..shantek kannnnnn (^_^)



Gheeee,time ni outdoor pnya shoot. Segan patik. Tetiba ada kena gmbr2 mcm ni..kuikuikui. seb baik jurufoto profesional n wat x tau je. HAHAHAHAHA



Gheeee....senyum,x perlu kata apa2..


Hah,ni majlis belah pengantin lelaki time 2hb Jun hari tu. Shantek jgk kn. Ni pilihan suami aku. Aku paling suka baju ni. Suka nape?Entah,sbb aku pnya suka la kot. hehehehe


Rmai yg mmbe tgk gmbr ni ckp daring n menggoda. erkkk...sbnrnye time ni aku da ngantuk,lagi2 bulu mata aku tu berat sgt smpai menggalakkan lg penutupan mata aku. jadi utk bg nmpk fresh muka aku, aku wat la mcm tu. tp mulut da x larat ni senyum da. time tu pk nk.......zZzzzZZzzzz


Da abes skill nk bergaya da. hehehehehe...ok x??


Rmai yg suka pic ni. aku pn x tau np.. time tu da petang,klu perhati btl2 mekap mcm da pecah ckt... hehehehe.. Aip!!!jgn tenung lelama :p

Overall sgt seronok wedding kami. smpai husband aku ckp bla tgk org sanding,rs mcm nk naik pelamin lg skali. Then aku ckp, xpe la,kt wat sanding tiap tahun nk x smbil kami berdua gelak sama2. Ape pun, special thanks to En Latif n En Marzuki as my fotografer. 

**P/S: utk tujuan promo--> sesape yg nk guna khidmat fotografer ini,sila PM sy,nnt sy try tnya tuan bdn. Harga mereka sgt berpatutan. yg paling penting, mereka x byk songeh(erkkk,sebenarnye x de songeh lngsng). Mereka rajin smpai habis fotoshoot n x wat cincai2. (^_^)

Tuesday 5 June 2012

Hantaran Sanding Pihak lelaki

Im quiet xcited bout this one coz aku yg wat sendiri sume gubahan ni dari awal sampai ke akhir. Tema nye ialah merah putih, so as u can see everything is on white n red. Semuanya 9 dulang. Aku amek masa 2 hari untuk siapkan bekas ni n tiap hantaran aku amek masa 2 jam tiap hari untuk buat. x mo rushing2 wat sbb tkt cepat boring n buat x kemas. so its mean aku deco 1 hantaran je tiap hari.. kuikuikui















Hataran Nikah

Tema nikah aku ialah putih pink. Mama aku request untuk bg 3 dulang hantaran which is baju kurung, cincin beserta gelang + mas khawen dan last skali sirih.










Friday 11 May 2012

Ayat Maut Seorang Wanita

  1. Ok. Fine!-->Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul tapi ingin mengakhiri pertengkaran.Lelaki perlu diam. Tidak perlu bersuara jika ingin mengakhiri pertengkaran.
  2. Bagi saya 5 minit --> Hah,ini memamg selalu berlaku. Lebih-lebih lagi jika bersiap untuk berjalan. 5minit mereka seperti 5 jam sampai lelaki boleh pergi kedai mamak dulu lepak tengok bola(tapi aku tak macam tu kot).
  3. Tak ada apa-apa --> Ayat ini menunjukkan wanita sedang bertenang dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati untuk mengelak dari berlaku pertengkaran. Biasanya pertengkaran ini berakhir dengan aman.
  4. Pergilah buat! Tadi nak sangat! --> Ini adalah cabaran tapi bukan kebenaran. wanita tidak memberi kebenaran tetapi sekadar ingin menduga lelaki itu. Jadi,jangan buat!!
  5. Keluahan kuat --> Ini sebenarnya adalah 1 ayat. Wanita akan bertindak begini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa betengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.
  6. Tak ada apalah --> Jika wanita berkata begitu, maknanya mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat daripada kesilapan anda.
  7. Terima kasih --> Jangan anda persoalkan. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!",itu bermaksud bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi jangan jawab "sama-sama"..HEHEHEHE
  8. Apa-apa aje lah@whatever --> Ini ada lah cara paling sopan bagi wanita untuk berkata F**K U! Jadi awas lelaki,jangan sampai anda mendapat ayat ini.
  9. Jangan risau,saya da tahu macam mana nak buat -->Wanita berkata demikian selepas mereka menyuruh berkali-kali lelaki itu melakukan sesuatu tetapi akhirnya wanita itu yang melakukan sendiri.
So watch out guys over there with all this sentences..bak kata Yana Samsuddin "sakit pulak hati kite!"


Luahan Hati Seorang Anak Polis

Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA HARUS BACA!! SEBARKAN!


Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan2 saya...


Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...

Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

Amin...

- RBF Online




Monday 23 April 2012

PAS Dan Islam

Kredit to Sheng Don(owner fb)


Aku copy post beliau dari wall Ustaz Idrus. Post ini bukan tujuan untuk mempengaruhi tapi lebih kepada untuk membuat kita berfikir. Jadi selamat membaca.


Antara PAS Dan Islam, Mana Satu Pilihan Anda?

Kita seringkali dimomokkan PAS dengan perbandingan UMNO dengan Islam. PAS membayangkan bahawa memilih UMNO bererti memilih Melayu. Manakala memilih Islam pula PAS anggap sebagai memilih partinya.

Persoalannya, benarkah apa yang dimomokkan PAS itu? Atau ia tidak lebih dari kebobrokan PAS yang cuba memanipulasi aqidah umat Islam di Malaysia untuk mengundi parti mereka?

Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya dibesarkan di dalam keluarga PAS. Sekali dua pada setiap bulan, bapa saya sering membawa saya ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor, ceramah Mat Sabu dan bacaan kitab ustaz-ustaz PAS di masjid berhampiran rumah saya.

Kadangkala, saya dibawa ke muktamar PAS. Ketika itu, saya masih di sekolah menengah. Namun, setiap kali saya mengikuti aktiviti-aktiviti PAS, saya sering membandingkan PAS dengan Islam yang saya pelajari di Maahad. Malah saya sering berbincang dengan ustaz-ustaz di Maahad mengenai perbandingan PAS dan Islam.

Malangnya, boleh dikatakan setiap kali saya bandingkan PAS dengan Islam yang sebenar dan setelah dirujuk kepada ulama-ulama di Maahad dan universiti, ia memberikan kesimpulan bahawa PAS adalah PAS dan Islam adalah Islam.

Lebih mengelirukan, apa yang diamalkan PAS jelas bertentangan dengan fitrah Islam yang sebenar. Ia benar-benar mengganggu saya.

Bila dikenang mengenai Amanat Hadi yang memang popular ketika itu, saya melihat PAS begitu menyimpang jauh dari Islam. Bila didengar maki hamun para pemimpin PAS ketika berceramah, parti itu dilihat begitu jauh dari uswatul hasanah yang disunnahkan Rasulullah SAW ketika berdakwah.

Malah, jika dikaji apa yangh ditinggalkan Rasulullah SAW menerusi ajaran, muamalah, dasar, siyasah, konsep dan akhlaknya, saya lihat UMNO lebih konsisten dan seimbang dalam hal-hal yang berkaitan Islam. Hakikat yang sebenar tersebut turut dipersetujui ramai ustaz-ustaz di tempat saya menuntut.

Jangan pula tuduh ustaz-ustaz saya orang UMNO kerana mereka memang bukan warganegara Malaysia, tidak layak mengundi, neutral dan tidak berat sebelah padangannya. Perkara pertama yang dirujuk ialah Kalamullah dan kemudiannya, Hadith Rasulullah SAW.

Sumber kami selepas itu ialah ijtihad-ijtihad para sahabat, tabi’in, tabi’ittabi’in, ulama-ulama mazhab dan yang muktabar. Kemudiannya, ialah qias ulama di zaman ini seperti Al-Fadhil Ustaz Yusof Al-Qaradhawi dan sebagainya.

Kemudian, barulah datang perundangan negara, logik akal, budaya dan sebagainya. Kami cukup puas berbincang dan berdebat. Tapi, saya dan rakan-rakan yang selalunya “mewakili” PAS, akan kalah pada akhirnya. Islam sangat jauh bezanya dengan PAS…

Saya tak tahu pengalaman para pembaca yang lain, namun itulah pengalaman saya mengenai perbandingan antara PAS dan Islam. Namun, saya tak mahu dedahkan di artikel ini mengenai perbandingan itu. Saya minta para pembaca cari dan kajilah sendiri kerana ia lebih manis untuk menyedari sendiri mengenai hakikat kebenaran tersebut…

Saya bukan memilih UMNO sekadar suka-suka. Saya tahu UMNO juga ada cacat celanya. Namun pada saya cacat cela UMNO lebih mudah diubati berbanding PAS yang mempergunakan Islam demi mendapatkan kuasa.

Melalui pengalaman saya, kami paling tak suka bila PAS mempergunakan firman Allah SWT untuk “membeli kuasa”. “Wala tasytaru bi ayati thamanan qaliila, qalilan ma tasykurun”. Jangan la jual kalamullah untuk politik! Allah larang. Firman Allah tu untuk Islam dan bukan untuk raih undi…

Tapi sekarang lebih teruk lagi bila ada pulak pemimpin kafir harbi yang baca ayat Al-Quran, lintang pukang! Sudahlah tajwid entah ke mana, sebutan salah satu hal, ditepuk tangan pula puak-puak PAS beri sokongan. Tak ke pelik muamalah begitu?

Apatah lagi bila pemimpin tertinggi PAS, Al-Musyidul ‘Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menghalalkan carutan dan makian Shanon Ahmad. Katanya, “Allah pun memaki hamun Abu Lahab di dalam Al-Quran”.

Masalahnya, Shahnon Ahmah dan Nik Aziz tu Tuhan ke yang “halal” memaki hamun dan mencarut? Agak-agak la sikit. Itu pun dia diangkat jadi Mursyidul Am PAS? Nampak gayanya, ke jalan lainlah nanti di”rasyad”kan raasyid mursyidul ‘am tu nanti…

Jauh di dalam hati, saya sering berdoa dan memohon agar Allah berikan nur hidayahnya kepada saudara-saudara kita di dalam PAS. Busuk-busuk pun, mereka saudara seagama kita. Biarpun Hadi Awang tak mahu mengaku kita saudara dan tak mahu bersahabat dengan kita, kita tak boleh buang mereka begitu saja…

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara ku di dalam PAS dan tunjukkanlah kebenaran yang sebenar kepada mereka. Semoga kami umat Islam di Malaysia bersatu dan berpadu bagi menghadapi ancaman kafir harbi dan pengaruh Yahudi Zionis Israel yang semakin menebal di negara kami ini. Aminnn…
 

Jodoh

Petikan ni aku amek dar salah satu filem melayu "Syurga Cinta" n sebenar bebenarnye copy dari page mmbe aku..kihkihkih...sowieeeee


Jodoh terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, jodoh dari syaitan. Kedua, jodoh dari jin. Dan ketiga, jodoh dari Allah."

"Yang pertama, jodoh dari syaitan."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, dia suka kamu. Kamu bercinta, berpegangan, berzina, dan dia mengandung. Kamu bernikah. Itu jodoh dari syaitan."

"Yang kedua, jodoh dari jin."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka dia, tapi dia tidak suka kamu. Kamu pergi jumpa bomoh, mintak tolong jin. Kamu pun bernikah. Itu jodoh dari jin."

"Yang ketiga, jodoh dari Allah."

"Kamu bertemu pada pandangan pertama, kamu suka sama suka, kamu bernikah." 

I loike it so much!!!!!

My Mum Recipes - Burger Malaysia

Malas nak eleborate bebanyak, so baca je la stepnye ye:



Untuk sambal :

2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan (bakar)
10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa

1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

Untuk doh:

250g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu besar margerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara2 masakan (sambal):

  1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
  4. Angkat dan ketepikan.


Cara2 buat kuih:

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan doh (kecuali timun). Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
  5. Belah 2 doh tadi. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.



    Ini lah hasilnye. Selamat mencuba (^_^)

My Mum Recipes - Daging Masak Kurma

Resipi ni mama ku yg bagi utk org yg pertama kali baru nk belajar masak...hahahaha...dengan ini aku pn sukacitanye nk bagi menu pada sume org (sebenarnye aku tkt lupa,jadi aku post lam blog ni...kuikuikui)

Bahan:

500g daging (potong nipis2 dan rebus daging tu dengan air sehingga empuk-aku pakai daging local so rebus   30 min pn da ok)
1 paket serbuk kurma ( aku pakai yg adabi punya-best!)
2 keping kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 bunga cengkih
1 cawan santan
1/2 cawan kecik kerisik
1 sudu asam jawa (kacau dengan air)
2 biji kentang (potong empat bahagian)
4 lada hijau besar ( potong dua bahagian bawah-klu nak pedas lagi,tambah la lagi byk2)
1 biji bawang besar (potong empat)

Bahan kisar:

8 biji bawang merah (lagi banyak lagi bagus)
3 biji bawang putih
2cm halia

Step nye adalah seperti berikut:


  1. Masukkan minyak 1 senduk ke dalam kuali (biar terlebey,jgn terkurang)
  2. Bila minyak dah panas, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih
  3. Kemudian,masukkan bahan yang dah di kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan serbuk adabi td. Seeloknye campurkan serbuk adabi tu dengan air untuk mengelakkan ia berketul ketika masak.
  5. Selepas bahan tumis itu telah pecah minyak, masukkan daging td bersama airnye. Anda akan dapati kuahnye menjadi sangat cair. Tapi takpe sbb nnt lelama masak ia akan kering.
  6. Then masukkan kerisik,asam jawa dan santan. Gaulkan sehingga sebati. Time ni da ble masuk kentang sebab kentang lambat masak. Nanti keras pulak bla mkn.
  7. Selepas itu, masukkan lada dan bawang besar yg telah di potong tu. Kalau nak banyak kuah, msk jgn la lama2 sgt tp klu nak kering, masak la lama ckt biar kering. Tapi jgn lupa kacau sbb nnt hangus plak yg bawah tu. 
  8. Last but not least, masukkan garam, ajinamoto ngan gula ikut sesedap rasa yg di mahukan. Kalau kuah tu rasa masam2 manis, maka betul la tu masakannye. klu x rasa mcm tu, adjust la gula ngan asam jawa tu. 


Macam ni lah masakan anda nanti.

Tu la dia resepi mama aku.Selamat mencuba (^_^)

Sunday 22 April 2012

Fitness Instructor at Morib

Last week aku da pegi kursus fitness instructor di Impian Morib Resort selama 3 hari 2 mlm. pengalamn yg x dpt aku lupakn. penat nk mati tp best sgt2 (^_^)




Ni view yg aku amek dr bilik aku


Tadaaaaa... ni la bilik aky. tito sesorang je wlaupn katil ada 2. huhuhu


x ku sangka dia pn dtg ke kursus ni. kunun nk seprise kn aku tp last2 aku yg seprise kn dia. ini lah dia zafirah
kuikuikui


Ni la dia Ahmad Fazarie,salah sorang mmbe 1 u dulu. mcm da reunion plak. makin chubby dia kan :p


Ni husband iera (^_^)


Lepas kelas mlm, ktorg decide utuk melepak kat luar. tu pasal kitaorg pegi ke dataran morib n posing ckt. hehehehe


BURGER KINGS!!!


Suasana di dalam kelas sebelum kami memulakan activiti Fitball


Rehat sebentar selepas aerobik


Muka aku yg kepenatan selepas 3 hari berkursus


Sebelum balik, kami lunch sm2 kt sn. tp masing2 mkn mcm nk topup blk lemak yg da hilang selama 3 hari tu. hahaha.. sgt seronon n merindui mereka2 di atas ni.. hope dpt jumpa lg


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...