Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Friday 11 May 2012

Ayat Maut Seorang Wanita

  1. Ok. Fine!-->Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul tapi ingin mengakhiri pertengkaran.Lelaki perlu diam. Tidak perlu bersuara jika ingin mengakhiri pertengkaran.
  2. Bagi saya 5 minit --> Hah,ini memamg selalu berlaku. Lebih-lebih lagi jika bersiap untuk berjalan. 5minit mereka seperti 5 jam sampai lelaki boleh pergi kedai mamak dulu lepak tengok bola(tapi aku tak macam tu kot).
  3. Tak ada apa-apa --> Ayat ini menunjukkan wanita sedang bertenang dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati untuk mengelak dari berlaku pertengkaran. Biasanya pertengkaran ini berakhir dengan aman.
  4. Pergilah buat! Tadi nak sangat! --> Ini adalah cabaran tapi bukan kebenaran. wanita tidak memberi kebenaran tetapi sekadar ingin menduga lelaki itu. Jadi,jangan buat!!
  5. Keluahan kuat --> Ini sebenarnya adalah 1 ayat. Wanita akan bertindak begini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa betengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.
  6. Tak ada apalah --> Jika wanita berkata begitu, maknanya mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat daripada kesilapan anda.
  7. Terima kasih --> Jangan anda persoalkan. Jawab saja "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak ye!",itu bermaksud bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi jangan jawab "sama-sama"..HEHEHEHE
  8. Apa-apa aje lah@whatever --> Ini ada lah cara paling sopan bagi wanita untuk berkata F**K U! Jadi awas lelaki,jangan sampai anda mendapat ayat ini.
  9. Jangan risau,saya da tahu macam mana nak buat -->Wanita berkata demikian selepas mereka menyuruh berkali-kali lelaki itu melakukan sesuatu tetapi akhirnya wanita itu yang melakukan sendiri.
So watch out guys over there with all this sentences..bak kata Yana Samsuddin "sakit pulak hati kite!"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...