Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Monday 23 April 2012

My Mum Recipes - Daging Masak Kurma

Resipi ni mama ku yg bagi utk org yg pertama kali baru nk belajar masak...hahahaha...dengan ini aku pn sukacitanye nk bagi menu pada sume org (sebenarnye aku tkt lupa,jadi aku post lam blog ni...kuikuikui)

Bahan:

500g daging (potong nipis2 dan rebus daging tu dengan air sehingga empuk-aku pakai daging local so rebus   30 min pn da ok)
1 paket serbuk kurma ( aku pakai yg adabi punya-best!)
2 keping kulit kayu manis
3 bunga lawang
2 bunga cengkih
1 cawan santan
1/2 cawan kecik kerisik
1 sudu asam jawa (kacau dengan air)
2 biji kentang (potong empat bahagian)
4 lada hijau besar ( potong dua bahagian bawah-klu nak pedas lagi,tambah la lagi byk2)
1 biji bawang besar (potong empat)

Bahan kisar:

8 biji bawang merah (lagi banyak lagi bagus)
3 biji bawang putih
2cm halia

Step nye adalah seperti berikut:


  1. Masukkan minyak 1 senduk ke dalam kuali (biar terlebey,jgn terkurang)
  2. Bila minyak dah panas, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan cengkih
  3. Kemudian,masukkan bahan yang dah di kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan serbuk adabi td. Seeloknye campurkan serbuk adabi tu dengan air untuk mengelakkan ia berketul ketika masak.
  5. Selepas bahan tumis itu telah pecah minyak, masukkan daging td bersama airnye. Anda akan dapati kuahnye menjadi sangat cair. Tapi takpe sbb nnt lelama masak ia akan kering.
  6. Then masukkan kerisik,asam jawa dan santan. Gaulkan sehingga sebati. Time ni da ble masuk kentang sebab kentang lambat masak. Nanti keras pulak bla mkn.
  7. Selepas itu, masukkan lada dan bawang besar yg telah di potong tu. Kalau nak banyak kuah, msk jgn la lama2 sgt tp klu nak kering, masak la lama ckt biar kering. Tapi jgn lupa kacau sbb nnt hangus plak yg bawah tu. 
  8. Last but not least, masukkan garam, ajinamoto ngan gula ikut sesedap rasa yg di mahukan. Kalau kuah tu rasa masam2 manis, maka betul la tu masakannye. klu x rasa mcm tu, adjust la gula ngan asam jawa tu. 


Macam ni lah masakan anda nanti.

Tu la dia resepi mama aku.Selamat mencuba (^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...