Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Monday 23 April 2012

PAS Dan Islam

Kredit to Sheng Don(owner fb)


Aku copy post beliau dari wall Ustaz Idrus. Post ini bukan tujuan untuk mempengaruhi tapi lebih kepada untuk membuat kita berfikir. Jadi selamat membaca.


Antara PAS Dan Islam, Mana Satu Pilihan Anda?

Kita seringkali dimomokkan PAS dengan perbandingan UMNO dengan Islam. PAS membayangkan bahawa memilih UMNO bererti memilih Melayu. Manakala memilih Islam pula PAS anggap sebagai memilih partinya.

Persoalannya, benarkah apa yang dimomokkan PAS itu? Atau ia tidak lebih dari kebobrokan PAS yang cuba memanipulasi aqidah umat Islam di Malaysia untuk mengundi parti mereka?

Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi saya dibesarkan di dalam keluarga PAS. Sekali dua pada setiap bulan, bapa saya sering membawa saya ke rumah arwah Ustaz Fadhil Noor, ceramah Mat Sabu dan bacaan kitab ustaz-ustaz PAS di masjid berhampiran rumah saya.

Kadangkala, saya dibawa ke muktamar PAS. Ketika itu, saya masih di sekolah menengah. Namun, setiap kali saya mengikuti aktiviti-aktiviti PAS, saya sering membandingkan PAS dengan Islam yang saya pelajari di Maahad. Malah saya sering berbincang dengan ustaz-ustaz di Maahad mengenai perbandingan PAS dan Islam.

Malangnya, boleh dikatakan setiap kali saya bandingkan PAS dengan Islam yang sebenar dan setelah dirujuk kepada ulama-ulama di Maahad dan universiti, ia memberikan kesimpulan bahawa PAS adalah PAS dan Islam adalah Islam.

Lebih mengelirukan, apa yang diamalkan PAS jelas bertentangan dengan fitrah Islam yang sebenar. Ia benar-benar mengganggu saya.

Bila dikenang mengenai Amanat Hadi yang memang popular ketika itu, saya melihat PAS begitu menyimpang jauh dari Islam. Bila didengar maki hamun para pemimpin PAS ketika berceramah, parti itu dilihat begitu jauh dari uswatul hasanah yang disunnahkan Rasulullah SAW ketika berdakwah.

Malah, jika dikaji apa yangh ditinggalkan Rasulullah SAW menerusi ajaran, muamalah, dasar, siyasah, konsep dan akhlaknya, saya lihat UMNO lebih konsisten dan seimbang dalam hal-hal yang berkaitan Islam. Hakikat yang sebenar tersebut turut dipersetujui ramai ustaz-ustaz di tempat saya menuntut.

Jangan pula tuduh ustaz-ustaz saya orang UMNO kerana mereka memang bukan warganegara Malaysia, tidak layak mengundi, neutral dan tidak berat sebelah padangannya. Perkara pertama yang dirujuk ialah Kalamullah dan kemudiannya, Hadith Rasulullah SAW.

Sumber kami selepas itu ialah ijtihad-ijtihad para sahabat, tabi’in, tabi’ittabi’in, ulama-ulama mazhab dan yang muktabar. Kemudiannya, ialah qias ulama di zaman ini seperti Al-Fadhil Ustaz Yusof Al-Qaradhawi dan sebagainya.

Kemudian, barulah datang perundangan negara, logik akal, budaya dan sebagainya. Kami cukup puas berbincang dan berdebat. Tapi, saya dan rakan-rakan yang selalunya “mewakili” PAS, akan kalah pada akhirnya. Islam sangat jauh bezanya dengan PAS…

Saya tak tahu pengalaman para pembaca yang lain, namun itulah pengalaman saya mengenai perbandingan antara PAS dan Islam. Namun, saya tak mahu dedahkan di artikel ini mengenai perbandingan itu. Saya minta para pembaca cari dan kajilah sendiri kerana ia lebih manis untuk menyedari sendiri mengenai hakikat kebenaran tersebut…

Saya bukan memilih UMNO sekadar suka-suka. Saya tahu UMNO juga ada cacat celanya. Namun pada saya cacat cela UMNO lebih mudah diubati berbanding PAS yang mempergunakan Islam demi mendapatkan kuasa.

Melalui pengalaman saya, kami paling tak suka bila PAS mempergunakan firman Allah SWT untuk “membeli kuasa”. “Wala tasytaru bi ayati thamanan qaliila, qalilan ma tasykurun”. Jangan la jual kalamullah untuk politik! Allah larang. Firman Allah tu untuk Islam dan bukan untuk raih undi…

Tapi sekarang lebih teruk lagi bila ada pulak pemimpin kafir harbi yang baca ayat Al-Quran, lintang pukang! Sudahlah tajwid entah ke mana, sebutan salah satu hal, ditepuk tangan pula puak-puak PAS beri sokongan. Tak ke pelik muamalah begitu?

Apatah lagi bila pemimpin tertinggi PAS, Al-Musyidul ‘Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menghalalkan carutan dan makian Shanon Ahmad. Katanya, “Allah pun memaki hamun Abu Lahab di dalam Al-Quran”.

Masalahnya, Shahnon Ahmah dan Nik Aziz tu Tuhan ke yang “halal” memaki hamun dan mencarut? Agak-agak la sikit. Itu pun dia diangkat jadi Mursyidul Am PAS? Nampak gayanya, ke jalan lainlah nanti di”rasyad”kan raasyid mursyidul ‘am tu nanti…

Jauh di dalam hati, saya sering berdoa dan memohon agar Allah berikan nur hidayahnya kepada saudara-saudara kita di dalam PAS. Busuk-busuk pun, mereka saudara seagama kita. Biarpun Hadi Awang tak mahu mengaku kita saudara dan tak mahu bersahabat dengan kita, kita tak boleh buang mereka begitu saja…

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara ku di dalam PAS dan tunjukkanlah kebenaran yang sebenar kepada mereka. Semoga kami umat Islam di Malaysia bersatu dan berpadu bagi menghadapi ancaman kafir harbi dan pengaruh Yahudi Zionis Israel yang semakin menebal di negara kami ini. Aminnn…
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...