Untuk sambal :
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm belacan (bakar)
10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Untuk doh:
250g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu besar margerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ biji timun ( dipotong nipis)
Cara2 masakan (sambal):
- Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuningkuningan.
- Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak.
- Masukkan gula merah, gula pasir dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika.
- Angkat dan ketepikan.
Cara2 buat kuih:
- Masukkan ke dalam mangkuk bahan doh (kecuali timun). Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
- Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
- Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
- Belah 2 doh tadi. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.
Ini lah hasilnye. Selamat mencuba (^_^)
No comments:
Post a Comment