Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Friday 27 January 2012

Gathering Party at Teganu :))

 Pada 21hb 01 2012 aku balik Ganu bersama skema boy @ Mazlan Omar. Pada mulanya plannk balik ni mcm x jadi je sbb kesibukan masa and bermacam lg la. Last2 minit dpt blk plak. Hepinye walaupn blk kejap je. Dah sekian lama x berkumpul 1 family mcm ni, tu yg wat lagi meriah. Adik2 dari KL pn sume blk. So family ktorg complete dan di meriahkan lg dengan kehadiran bakal menantu pertama rumah ni~~~>skema boy.


Mama masak mmg SUPERB!!! Sotong masak merah(feret aku), ayam kampung masak gulai ngan sambal belacan. sodap!!!


Suasana mmg meriah time tu tp papa xde sbb g kje, so x complete 1 family


Akak aku, mama, skema boy n adik ngah berselera menjamu selera. nyum nyum...


Sempat berposing time mkn,hehe...kan best klu hari2 dpt mam mcm ni,heeeeee


TADAAAAA...ni la dia ayam yang bakal d bakar mlm tu. 3 ekor aym utk bbq..mama wat,mmg sedap la,terbaek!!!


Pas papa ngan aku da idupkan api, ktorang stat bakar ayam. time tu sume org sibuk nk bakar n kipas ayam tu. mula2 sume semangt berkobar,sbb nk mkn kan. sampai ayam yg 1st round bakar tu hangus da. papa la yg abeskan yg hitam legam tu,yg len sume berebut yg ok. Hahahaha


Mcm2 gaya time pose utk gmbr. Klakar,hahahahaha...yg x leh blah,gaya nyah pn ada. kihkihkih


Mama sempat goreng nasi utk makan ngan ayam bbq


Pas penat bakar ayam, masing2 da stat makan. ayam yg ngah bakar tu,sume tinggalkan. 


I loike this pic so much..Aku,papa, abang n mama..heee...schweettt (^_^)


Da sudah mam, skema boy tersadai kat kerusi sbb kekenyangan. x nmpk ke peyut dia tu?tu la buktinya.hahahaha


Sebelum balik, sempat la bergaya lg skali. sedey time ni da nk blk nogori. pe pun, event kali ni mmg terbaik n meriah. Owh,tb2 homescik.. Sob Sob.... :(( pe pn, KEKE MUMU (^_^)


Sunday 15 January 2012

Celebrate My Birthday @ Sunway Lagoon

Tahun menyambut hari lahir yg paling bermakna buat aku. skema boy bwk g Sunway Lagoon. kebetulan ada family day kat ctu,so aku pn celebrate besday kat ctu. before g Sunway Lagoon, sepat la ktorang melencong ke Tanglin breakfast kat ctu :))


 Time bfast kat Tangling, baby Marissa dtg ngan family di. so aku kidnap la. HAHAHAHA


Sesampainya aku d ctu,sempat lagi berposing (^_^)


En Skema Boy pn ape kurangnye. hehehe


Sebelum masuk ke sn,ktorg berkumpul kat lam Sunway Piramid dlu


Time ni da masuk dalam. KITA POSING DULU!!!Ceh,wat mcm anak sendiri la plak


Bermain Spining Cup ngam Marissa. tp marisa "heartless" ktorg plak yg gelak lebey2


Skema boy x melepaskan peluang main Spinning Cup jgk


Kapal terbang ni btl2 mencabar adrenalin aku tp syok. En MAzlan Omar x naik skali sbb tkt pening. HUHU


Selepas penat mandi manda, ktorg berehat sebentar masuk ke Wild Life area sambil mam eskerim (^_^)


Monyet albino. Nak jgk dia eskerim aku


Sebelum pergi ke koboi area,ktorg sempat bergambar lg


En MAzlan Omar pn x melepaskan peluang bergambar skali


Yang ni pn best. 2x aku naik. Mcm kanak2 riang dorang naik benda alah ni. Bapak org pn sronok skali


Peace yo!!


Yang ni sakit bontot aku naik. ckp skali sudah tp seronok!!


Mazlan omar sampai 3x naik benda alah ni. Dia x rasa kebas bontot ke?!!


Sebelum berpisah, dorang sepat bergambar dl (^_^)


Ktorg naik gendola ni dl sblm tukar baju


Pemandangan Sunway Piramid dr atas wheel tu..Nice


pemandangan Sunway Lagoon dr top


Bergambar di Zulu walk selepas salin baju basahan


En Mazlan pn nak gak!!


Time ni da nak kuar. masing2 da kepenatan da


Bergambar di perkarangan entrance Sunway Lagoon


Ada gaya ala2 titanic x?hahaha


Patung yg Farish paling takut. eh! dia nk sentuh aku ke tu?


Dalam kesibukan masing2 nk bersurai, Mazlan Omar nk wat suprise birthday kek, tp las2 x jadi suprise gak sbb dia tnya nk kek pe(tula, sape suh x amek tau my fevret kek) So this is my birthday kek. Kantoi umo da 24!~~~> :p


Celebrate besday kt USJ dengan d apit oleh kanak2 girang


Sipu2 mau la plk


Peace dl br potong kek


Wish dl br tiup lilin


Last skali,potong kek. si kecik pn nk potong jgk. Nyway aku sgt hepi n enjoy celebrate besday kali ni. time kasih buat abg, syg sgt menghargainye. 1st time celebrate besday yg semeriah nie. tahun depan nk lagi!!! HAHAHA~~~> sayang abg (^_^)

Thursday 12 January 2012

CCQute nampak lebih garang..HARHARHAR


Smalam CCQute msk workshop.Huhu...kali ni skema boy telah membantu aku memodified kheto aku. dia kata CCQute da nmpk garang tp bla tgk depan nmpak jambu giler. tu yg dia menyarankan supaya menghitamkn bahagian blakang dan depan kereta(sebenarnya mmg tu la salah 1 impian aku utk baby boy). hahaha..Tah pe yg dia godek,aku pn x tau.a ku tgk je la.huhuhu


Tertugging sana cni, guna lightter la,itu la,ape la. aku still tgk jgk


Hasilnye,kat bahagian depan ni da ciap...hahaha...Garang seyh...


Ni plak bahagian blakang..tp lg senang la. xde la complicated sgt mcm yg depan tu,kejap je da ciap. caya la brader tu.

Ni lah hasilnye. aku tersenyum lebar sbb sume da settle. skema boy kt klu sticker tu gelembung byk sgt n rosak, cat jela.. huhu.. aku ikutkn je la sbb ati aku ngah hepi tgk CCQute yg bergaya (^_^)

Sunday 8 January 2012

Tanda-tanda kecil dan besar Kiamat

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...