Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Friday 25 November 2011

KESEDIHAN MELANDA HIDUPKU :'(

Orang kata cerah x semestinye sampai ke petang...Nasib pn x selalu baik sepanjang masa. Sama lh dengan nasib aku...hukhuk. Pada hari Rabu,aku telah kemalangan. Senang cite aku langgar blakang kete orang.hehe.. akibatnye,2 minggu baby boy aku masuk workshop. SOB...SOB...sgt2 sedey


My CCQ!!!so sad. masuk spital 2 minggu


Begini lah nasib diriku yg malang...huuuuuuuu


Lampu ni pn x dapat nk di selamatkn


Cooler tertolak ke belakang sbb impak yg kuat



Malangnye kete tu rosak mcm ni je..huhuhu...Snyum,tak perlu kata apa-apa

To those who read this,pray for my baby boy so he get well soon yer..HAHAHAHA

Thursday 17 November 2011

Akhirnya Aku Kahwin!


Jangan bikin gempak!ni ulasan daripada novel "Akhirnya Aku Khawin!" je, bukan aku@empunya blog yg khawen.hahahaha :p
Diana @ Didi adalah anak tunggal dan bekerja di kilang sebagai Senior Assistant Supervisor bahagian Store Department. Dia xberapa lawa tapi sedap mata memandang dan berbadan gempal. Ermmmm memang selalu kena kutuk. Dia sering luahkan perasaan dengan berchatting. Partner chatting Didi adalah Terhangat ^Di^Pasaran.
Secara tak sengaja dia terlanggar Syafiq tapi dia bukan hero. Syafiq telah dibawa kerumah Didi dan dijadikan anak angkat oleh keluarganya. Jadi, Syafiq ni abang angkat kepada Didi. Syafiq memang caring dan sayang pada Didi macam adiknya sendiri. Keluarga Syafiq dan Didi bertambah rapat dan dianggap seperti anak sendiri. Ha yang lagi bestnyer Syafiq ni adalah bos di tempat Didi bekerja. Mereka merahsiakan hubungan rapat mereka untuk elakkan gossip.
Kejadian sedih terjadi pada Didi bila ibubapanya terlibat di dalam kemalangan dan disahkan meninggal dunia. Didi memang sedih gler tapi Syafiq sentiasa memberi sokongan dan semangat. Bestnyer dapat abang angkat camni. Dia bertambah rapat dengan keluarga Syafiq tapi adiknya Syafiqa tak suka Didi masuk dlm keluarga mereka.
Azlan iaitu lelaki di kilang yang disukai oleh Didi. Didi pendamkan perasaannya pada Azlan sebab dia bersikap merendah diri dengan keadaan badan yang gempal. Tapi tup2 si Azlan ni cuba mengorat Didi dan akhirnya mereka couple tetapi secara rahsia. Nasib Didi dalam Cinta memang sedih apabila tembelang Azlan pecah. Didi mendapat tau yang Azlan bertaruh dengan kekawannya untuk mendapatkan cintanya. Ish2 sedih2. Hasliza iaitu pekerja di kilang itu telah sebarkan fitnah tentang hubungan Azlan dan Didi. Hasliza memang berdendam  dengan Didi sejak zaman sekolah. Tapi Syafiq dapat selamatkan keadaan. Best2.
Ha skang watak hero. Nama Syafizi dan berkelulusan luar Negara. Adik kepada Syafiq. Ermmm hensem dan mulut cam longkang. Dia sering naikkan kemarahan Didi dan memang bahasa dia xde tapis2. Straight to the point. Mamat ni memang ego tapi cute hahaha. Didi tertekan bila dapat tau yang Fizi ni akan gantikan Syafiq di kilang. Fizi merancang untuk membuli Didi. Dia meminta Didi untuk menjadi PAnya. Didi terpaksa mengikut segala arahan Fizi walaupun melampau dan sakitkan hati. Hahah dua2 ni memang best.
Syafiqa mula menyukai Didi apabila dia terlibat di dalam kemalangan. Didi telah mendermakan darahnya yang dalam keadaan kritikal. Dugaan lain plak yang datang buat Didi. Mak sedaranya telah datang membawa hajat untuk kahwinkan Didi dengan pilihan mereka. Didi tak brapa ngam dengan mak sedaranya. Keluarga Syafiq menjadi penyelamat pada masa depan Didi. Mereka telah meminang Didi untuk Syafizi Didi memang terkejut gler. Adakah Didi terima atau menolaknya?Pelbagai lagi soalan anda akan terungkai bila membaca cerita ini. Selamat membaca (^_^)


Anda di Mata Orang Lain


***Cerita ini saya ambil dari laman facebook tunang saya. Saya rasa cerita ini sangat menarik utk dijadikan teladan dan tatapan umum

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



Monday 14 November 2011

Permintaan ramai dari peminat :D


Skema boy kt Tanjung Tuan posing maut. sape2 yg tgk gmbr ni mesti gelak. Atas permintaan Ain Shamiera, sy decide untuk publis pic ni.HAHAHA


Sempat berposing lam kete time beraya di Johor dengan skema boy


Gambar kontroversi. Skema boy time kecik2 dulo. dia prasan cute :p


Walaupn muka dia skema,tp sifat kebapaan tu da ada.hihi


Kekenyangan sambil tido di City Park. Sama malas ngan ikan lam tasik tu


OTW to Stadium Shah Alam tgk final Teganu lawan N9.

Ni la antara sorotan gambar2 menutup tirai 2011 (^_^)

Lirik Lagu Ombak Rindu

Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



**Suka sgt lirik lagu ni. Tak sabar nk tegok cite ni kat wayang pada 1 Disember 2011 ni

tiba@ hati ini teringat akan si dia


Bila bambam bertemu mokmok..hahahahaha


Kenangan di Tanjung Tuan


Bahagia bersamanya


Harap semua berjalan lancar dan tiada orang ke tiga dia antara kami.Kepada my skema boy,saya sayang kamo dulu, kini dan selamanye (^_^)

Friday 11 November 2011

Football fever!!!


Bersama doralin ngan ain tgk perlawanan Negeri Sembilan vs Felda. Skema boy x dpt pegi sebab bz khoje.Sob..Sob


Berposing time break for the 1st half time


Semi final Negeri Sembilan vs T-team. My skema boy pn ader. Negeri Sembilan menang


Skema boy tersenyum girang sbb Negeri Sembilan berjaya menjaringkn gol


OTW ke stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan final Terengganu vs Negeri Sembilan


Sempat berposing


Sesampainye di perkarangan stadium Shah Alam. tak ramai lg penyokong Negeri Sembilan sedangkan penyokong Terengganu da membanjiri perkarangan stadium


Sempat jumpa Faissal Saimin n berposing kejap. Skema boy berposing ngan bakal adik ipar. Hehehe


My brother and I. mcm tugu negara da

Aku agak hampa sebab Ganu kalah di tangan N9 2-1. Skema boy tersenyum riang sbb team dia menang (^_^)

Mandi di Tanjung Tuan


Unplaned mandi di Tanjung Tuan. Men redah je ni. Tiba2 terasa nak g. terus grab Ain fisio n Ain shamiera bawak dorang g sana skali...hahaha...dorang pn mcm anak ayam,ikut je sbb dpt jalan2


Sesampainye kami ke gate depan utk masuk ke  Tanjung Tuan. Kena bayo tu singgit sorang.huhuhuhu. Tp shamiera free sbb dia budak bawah umo. hahahaha


Ngan penuh confidentnye ktorg meanpak ke tmpat yg di tuju. 
MISI: Pulau Intan
GPS: Ariel
Penumjuk arah: saye ler
Time: 3pm(pas 45 min jalan naik n turun bukit+tangga)


Sesampainye ke bawah,baru kami sedar yg kami telah tersalah arah.waaaaaa....mmg nk nanges sbb ms tu dapnt nk mampos.kami tersesat ke pulau masjid. oleh kerana nak pijak jgk kaki ke Pulau Intan, kami mengambil keputusan utuk lalu balik jalan td n pegi ke Pulau Intan.


Sempat berposing sblm meneruskan perjalanan


Udah sampai ke atas.Walaupn kepenatan<mereka ttp sempat berposing demi shot yg menarik
Lokasi: rumah api
Time:345pm


View Tanjung tuan dari Rmh Api. perkataan yg dpt di gambarkan: MENAKJUBKAN



Aku mmg da x ble membendung wajah drpd kepenatan.penat gila.rs nk tercabut kepala lutut.tp sbb nk mandi pnya pasal,jln la jgk.time tu da x pk nk menikmati pemandangan da


Haaaaaaa! da smpai. kami menghilangkn peant sambil duduk di pokok yg tumbang
Lokasi: Pulau Intan
Time:415pm


Pemandangan yg mmg btl2 lawa. indah rupa dan kabar.hiiiiii


Skema boy ngah bersiap utuk terjun laut. sengeh je dia dpt mndi laut pas penat berjalan


Berposing sblm terjun laut.peewwwiiitttt


Orang kt sambil menyelam minum air,tp kami sambil mandi ktorg berposing la..hahahahah


pas mandi ktorg bergayut kt tiang.exs tangan.time ni ktorg da kepenatan tp sronok.tp time ni ktorg rs nk call bomba je datang amek sbb pk tangga yg bakal ktorg naik balak.MALAS!!
Time:530pm


keseluruhannya,kami sangat seronok n nk datang lg.next time kami nk dtg lg.Tanjung Tuan!!! here we come (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...