Bila kita bersama si dia, ssh terasa sgt senang. Sokongan dan galakan dia menjadi inspirasi buat kita. Adakah anda telah menemui Mr. Inspirasi anda?

Tuesday 10 May 2011

SPECIAL FOR MAZLAN OMAR

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN JATU CINTA,LELAKI ITU TIDAK SEMESTINYA PUNYAI SEGALANYA TETAPI LELAKI ITU ADALAH SEGALANYA DI HATINYA.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN ITU MENGALIRKAN AIR MATA,ITU BUKAN BERMAKNA DIA LEMAH,TETAPI DIA SEDANG MENCARI KEKUATAN UNTUK TERUS TABAH MENYINTAI LELAKI TU

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA SEORANG PEREMPUAN MARAH,MEMANG DIA TIDAK DAPAT MENGAWAL PERASAANYA TAPI PERCAYALAH,ITU MAKNANYA DIA SANGAT MENGAMBIL BERAT DAN MENYAYANGI LELAKI ITU. LIHATLAH SAJA PASANGAN YANG BARU BERCINTA, MEREKA JARANG BERGADUH. TETAPI PERCAYALAH MAKIN BANYAK PERASAN SAYANGNYA PADA SESEORANG, SEMAKIN PULA BANYAK PERTELINGKAHAN YANG BERLAKU. 

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN BANYAK BERCAKAP, DIA TIDAK BERMAKSUD UNTUK MEMBUAT DIRIMU RIMAS,TETAPI DIA MAHU LELAKI MENGENALINYA LEBIH DEKAT.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA DIA MAHU DIRIMU BERUBAH, ITU BUKAN BEMAKNA DIA TIDAK DAPAT MENERIMA DIRIMU DENGAN SEADANYA, TETAPI DIA MAHU MANJADIKAN MU LEBIH BAIK,BUKAN UNTUK DIRINYA, TETAPI UNTUK MASA DEPANMU.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN CEMBURU DAN  TIDAK PERCAYAKAN DIRIMU, BUKAN BERMAKNA DIA TIDAK SAYANG. TETAPI DIA TERLALU SAYANG KAN DIRIMU DAN TIDAK SANGGUP KEHILANGAN DIRIMU.KADANG2 DIA RISAU SEKIRANYA TERLALU PERCAYA,DIRI MU AKAN MENGKHIANATI KEPERCAYAAN YG DIBERIKANNYA. DIA HANYA MAHU YANG TERBAIK UNTUK DIRIMU.

ANDAI LELAKI TAHU...ANDAI PEREMPUAN MERAJUK,JANGAN KATA DIA MENGADA-NGADA.DIA BUAKN MAHU DI PUJUK DENGAN WANG RINGGIT ATAU HADIAH BERDOZEN-DOZEN,TETAPI CUKUP DENGAN PERHATIAN YANG MEMBUATKAN DIA DIHARGAI.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN JARANG MENYATAKAN 'I LOVE U', ITU BUKAN BERMAKSUD TIDAK MENYINTAI DIRIMU TETAPI DIA INGIN KAMU MERASAI SENDIRI CINTANYA,BUKAN SEKADAR HADIR MELALUI KATA2 TETAPI MELALUI BAHASA TUBUHNYA.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN KATA DIA SANGT MERINDUI DIRIMU,DIA BENAR2 MAKSUDKANNYA.APABILA BERJAUHAN,BAYANGAN MU SENTIASA BERMAIN DI MATA.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN BERKATA LELAKI LAIN LEBIH BAIK DARI DIRIMU,TOLONG JANGAN PERCAYA KERANA DIA HANYA MAHU MENGUJI DIRI KAMU. DIA MAU LIHAT SEJAUH MANA DIRIMU SANGGUP MENJADI TERBAIK DI MATANYA. WALAUPN SEMEMANGNYA KAMU ADALAH YANG TERBAIK DI HATINYA. SELAGI DIA DENGAN MU, PERCAYALAH, WALAUPN PEREMPUAN MENGANGGAP MASIH RAMAI LG LELAKI LEBIH BAIK DI MATA TETAPI DI HATINYA,DIRIMU TETAP YANG TERBAIK.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN MENJADI DEGIL, DIA BUKAN BERMAKSUD UNTUK MENJADI DEGIL TETAPI DIA MAHU LMELIHAT SEJAUH MANA DIRIMU MAMPU UTNTUK BERSABAR DENGAN KARENAHNYA. PERCAYALAH, HATI PEREMPUAN ITU SANGAT LEMBUT. ANDAI KENA CARANYA, JANGAN TERKEJUT KALAU AKHIRNYA DIA MENUKAR FIKIRANNYA DALAM MASA SESAAT.

ANDAI LELAKI TAHU...APABILA PEREMPUAN BERKATA "TOLONG TINGGALKAN SAYA!", DIA TIDAK BERMAKSUD MENYURUH DIRIMU PERGI UNTUK SELAMANYA. DIA HANYA MAHU MENENANGKAN DIRINYA SEBENTAR SAHAJA. APABILA DIA SUDAH TENANG,PERCAYALAH DIA AKAN MENCARI DIRIMU KEMBALI. ITU TANDANYA DIA BENAR2 MENYINTAI DIRIMU. PEREMPUAN SANGAT SUKAR MENGAWAL PERASAAN DAN KADANGKALA EMOSIONAL. TAPI DIALAH PALING PENYAYANGI DIRIMU DAN SANGAT SENSITIF DENGAN PERUBAHAN PADA DIRIMU.

ANDAI LELAKI TAHU...SEMEMANGNYA ALLAH MENCIPTA LELAKI DAN PEREMPUAN ITU DENGAN PERBEZAAN YANG TERSENDIRI. TETAPI SEKIRANYA MEREKA SALING MEMAHAMI, MEREKA AKAN SALING MELENGKAPI DAN MENYEMPURNAKAN. PEREMPUAN ITU DICIPTAKAN OLEH ALLAH DENGAN INDAH SEKALI. DI SEBALIK AIR MATANYA, TERSIMPAN SERIBU KEKUATAN YANG BAKAL MENJADIKAN SEORANG LELAKI ITU SELAMAT BERSAMANYA. BIARPN PADA ZAHIR PEREMPUAN TU NAMPAK LEMAH TETAPI DIA PUNYAI KEKUATAN TERSENDIRI YANG MAMPU MENGGONCANG DUNIA DAN MUNGKIN MAMPU MEMBUATKAN LELAKI LEMAH KERANANYA. JADI HARGAILAH KEHADIRAN PEREMPUAN DI DALAM HIDUPMU KERANA DIA DI DATANGKAN BUKAN DENGAN KELEMAHAN SAHAJA TETAPI DIA JUGA PUNYAI KEKUATAN UNTUK MENYOKONG DIRIMU DAN MEMBUATKAN DIRIMU LEBIH SEMPURNA. 




MOGA KASIH KITA KEKAL SELAMANYA 
~MAZLAN & AKMA~

Monday 2 May 2011

ADAKAH DIA JODOH ANDA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...